| |
SIAPAKAH WARISAN MUKMIN?

Nama
& No. Pendaftaran Syarikat
Warisan
MUKMIN Sdn. Bhd. (683909-V)
Tarikh Pendaftaran
10hb. Mac
2005
Alamat Perniagaan
No. 10A,
Tingkat 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/A, Seksyen
9
40000 Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan
Wawasan
Menjadi
Peneraju Dalam Bidang Pengurusan Kewangan Peribadi
Secara Islam
Misi
Mengangkat
Martabat Umat Melalui Sistem Muamalat Islam
Motto
Rakan
Muamalat Anda
|

BIODATA PENUH |
Nama &
Jawatan:
Haji Mohd Safri bin
Mahat, (PPT,
IFPTM)
Ketua Pegawai
Eksekutif
dan Perunding Utama,
Warisan MUKMIN Sdn
Bhd
Kelayakan Profesional:
Islamic Financial Planner (IFP)
Perunding Kewangan Islam |

|
|
Bagi merealisasikan visi untuk memartabat Sistem
Muamalat Islam, Warisan Mukmin Sdn Bhd (WMSB) telah
memperkenalkan satu model muamalat lengkap dan
bersepadu yang dikenali sebagai Model Muamalat 4P yang merangkumi
empat
pelan utama iaitu Pelan Pendapatan, Perlindungan,
Penyucian dan Pewarisan di mana kepatuhan kepada
prinsip syariah menjadi asas kepada pengurusan
muamalat yang diredhai.
(1)
Pelan Pelaburan - Unit Amanah Islam
(2)
Pelan Perlindungan - Skim Perlindungan Takaful
(3)
Pelan Penyucian - Haji, Umrah, Zakat, Wakaf, Infaq
(4)
Pelan Pewarisan - Wasiat, Hibah, Faraid, Harta
Sepencarian,
Pentadbiran Harta Pusaka |

|
| |
Pengurusan Harta Pusaka Islam
Namun
begitu, WMSB kini banyak memberi tumpuan kepada bidang Pewarisan
dan Pengurusan Harta Pusaka Islam khususnya penyediaan Dokumen Wasiat
kerana
berdasarkan senario masa kini, bidang pewarisan
yang merangkumi isu-isu faraid, wasiat, hibah,
wakaf dan pengurusan pusaka merupakan bidang yang
amat jauh terkebelakang berbanding aktiviti kewangan
lain yang boleh membawa kepada pelbagai permasalahan
seperti perselisihan antara waris, pemilikan harta
yang tidak ekonomik, sehinggalah kepada
pembekuan
harta umat Islam yang
kini bernilai berbilion ringgit
yang tidak dapat dibangunkan secara efektif.
Dalam hal ini,
WMSB merupakan Ejen Korporat Amanah Raya Berhad, turut mewujudkan
rangkaian
Pusat-Pusat Perkhidmatan Setempat di
seluruh negara
yang dikendalikan oleh Perunding-Perunding Eksekutif yang
dilantik bagi memudahkan umat Islam untuk
berurusan dan mendapatkan perkhidmatan yang terbaik,
cekap dan menyeluruh serta mampu memenuhi aspirasi
pelanggan.
Alhamdulillah, dengan
roh, semangat serta visi dan misi yang selari dalam
menegakkan sistem muamalah Islam, satu jalinan pakatan
strategik telah berjaya diwujudkan dan dimeterai di antara WMSB dan AMTC,
di mana dalam program menyediakan Wakil, Konsultan dan
Mutawwif dan kendalian AMTC ini, WMSB berperanan untuk
memberikan perkhidmatan penyediaan Dokumen Wasiat &
Perancangan Harta Pusaka kepada Calon-Calon Tetamu ALLAH di
dalam program ini.
Antara lain
keistimewaan yang diberikan oleh pihak WMSB ialah menawarkan
'Baucher Wasiat Amanah-Raya' bernilai RM100 apabila
menyertai program anjuran AMTC ini. Ini bermakna,
calon-calon Tetamu ALLAH ini hanya perlu membayar RM250
sahaja berbanding bayaran penuh sebanyak RM350.
Maklumat lanjut
mengenai Warisan Mukmin boleh diperolehi melalui laman web:
http://www.warisanmukmin.com
|
|